Huffaz Training and Consultancy

Merangsang perubahan dan memotivasikan Ummah melalui pembudayaan Al-Quran dan penghayatan As-Sunnah. Meng'akar umbi' rasa kehambaan kepada Allah, menyemai rasa Cinta dan kasih kepada Rasulullah, menerbit rasa sayang kepada Ibu Bapa, dan mengerat silaturrahim antara saudara seIslam.

Thursday, March 8, 2012

Sejarah Kami

Ditubuhkan pada 15 September 2011, Huffaz Training and Consultancy merupakan sebuah syarikat yang dibina atas dasar 'amar ma'ruf, nahi mungkar' kepada ummah dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat umum dalam menangani isu-isu sosial dan gejala atau sindrom kerosakan moral dan akhlak remaja;golongan yang akan mewarisi negara ini.
 Mencari alternatif dalam membentuk sahsiah diri remaja Islam dengan menyediakan program-program ilmiah islamik yang sesuai dengan fitrah dan naluri remaja. Teras rujukan adalah Al-Quran dan As-Sunnah, selari dengan motto hTc,
'Merangsang Perubahan dan Memotivasi Diri Melalui Pembudayaan Al-Quran dan Penghayatan As-Sunnah.

No comments:

Post a Comment